NuR HiDaYaH UnTuK Ku


Selama ini aku terlalu lalai dan alpa dengan kehidupanku...ibu sering kali menegur dan menyuruhku untuk bertaubat dan bersujud kepadanya namun aku tak pernah ambil pot langsung kata kata ibu ku..aku sering berkata pada ibu ku yang bkn tak nak buat cuma belom sampai seru..mak cakap nak tunggu seru malaikat ambil nyawa dulu ke.. hingga aku berkahwin dan beranak sorang pon aku masih belom berubah...bagiku aku belom bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan dan kenikmatan dunia.. cthnya seperti aku belom bersedia nak pakai tudong.. bak kata biar kita berubah pelan2 dan berubah dari segi fizikal pastu baru pergi ke rohani.. klu kita sembayang pon ..aurat tetap terdedah n jap sembayang jap tinggal..cth mcm solat subuh susah nak bangun coz dah x penah bangun awal pastu dah terlewat terus tak buat..kan dah tinggal 1 waktu..1 hal lagi doa qunut plak blh baca tapi tak hafal..bagiku klu betol betol nak bertaubat biarlah aku dlm keadaan bersedia dari kebanyakan hal walaupon tidak dalam semua hal..Namun pada suatu ketika aku mendapati diri ku hamil dan anak sulong ku baru berusia 1 thn lebih..dan ketika itu aku baru timbul rasa keinginan nak bertudong tanpa atas arahan sesiapa.. klu bagi suami ku dia tidak akan memaksa dia hanya akan menyokong sahaja jika kebaikan yang aku lakukan..namun aku baru bermula dengan memakai tudung tetapi belom lagi melakukan solat sehingga la aku melahirkan bb ku yg kedua..Pada suatu hari iaitu pada hari raya haji anak ku yg ke 2 klu x silap sudah berusia 1 thn lebih..pada hari itu aku berasa lemah badan dan aku telah di serang demam yg kuat hingga tak mampu melakukan apa2 ..dan aku hanya tidor saja..nasib baik kakak ku yg pulang berhari raya ke kg masih lagi tidak pulang kerumahnya..jadi anak2 ku dia yg jaga..lagi pon anak2 ku memang rapat dengan yong dia walaupon jarang2 jumpa namun klu jumpa.. ibu n papa depa pon depa dah tak kesah..dan apa yang ingin aku ceritakan disini pada saat itulah aku mula sikit2 rasanya mendapat hidayah kerana seminggu aku menjadi seperti tak tentu arah..seolah olah jiwa ku mati.. kerana aku dihantui perasaan takot apabila memikirkan saat sampainya masa  apabila hayatku terhenti..perasaan itu menghatuiku selama seminggu membuatkan aku terdiam membisu jarang berbicara lebih suka bersendirian dan tidak sekali merasa gembira.. apa yg bermain di fikiranku pada ketika itu adalah.. jika aku sudah tiada..aku tidak lagi dapat berbicara dengansesipa pon..bagaimanakah anak2 ku dengan kehidupan mereka jika aku tiada kerana mereka masih kecil dan bagaimana ibuku siapa pula yg akan menjaga nya.. disaat aku tersedar aku menceritakan hal itu pada ibuku dan aku mula mengambil langkah untuk mencari keredhaan nya aku mula membuat pencariaan di dalam buku dan juga internet mengenai solat dan aku terasa itulah hidayahku untuk ku berubah kejalan yg di redhainya ..aku bersyukur kerana ALLAH S.WT   masih sayang pada hambanya dan memberi hidayah dan pertunjuk disaat usia ku hampir 29 thn.. aku mula menghafal surah2 dan ayat2 yg perlu dibaca ketika solat dan juga doa2.. ketika itu lah aku tidak lagi meninggalkan solat lima waktu walaupon aku terasa kadang kala solat aku seperti tidak sempurna namun aku cuba dan akan melakukan yang terbaik sehingga tuhan menerima segala doaku dan megampun segala dosa2 yg pernah aku lakukan..hingga kini solat tidak lagi aku tinggalkan..dan aku melihat anak ke 2 ya sekarang ini berusia 3 thn lebih cenderong untuk mendalami agama..dimana dia sering melakukan solat bersama ku walaupon dia hanya pandai menghafal surah al fatihah dan al ikhlas saja namun keinginan dia kuat dia sering mengikut ibu ku ke surau sebab itu lah dia cepat blh menghafal surah2  doa makan dan penerang hati aku sering buka laptop untuk dia dengar tgk dan hafal..aku bersyukur diatas anugerah yg di berikan kepadaku.. alhamdulillah.. namun suami ku dan anak lelaki ku begitu susah sekali untuk melakukan solat aku sering berdoa agar mereka  dibuka kan pintu hati untuk sujud kapadanya yang Satu..amin semoga segala doa ku di makbolkan..

Dua Waktu Solat Yang Harus Di Jaga

Mungkin kita menganggap solat itu mudah ..tetapi tahukah kita klu kita mengambil wuduk sekali pon dengan sempurna kita mendapat pahala..dan solat yang perlu kita beratkan ialah solat pada waktu subuh dan asar.Mengapa solat ke 2 waktu ini perlu kita beratkan kerana ramai yg tidak dapat menyempurnakan solat solat ini pada waktu yang tepat..iaitu solat subuh kebanyak orang akan terlepas waktu tepatnya kerana dek sedap tidur .. dan begitu juga asar mungkin sesetengah org dlm perjalanan pulang dari kerja @ sebagainya itu yg membuatkan mereka tesasar waktu tepat untuk solat.. seelok eloknya solat harus lah dilakukan selepas azan berkumandang dan kita tidak boleh melengahkan solat sekinya tanpa sebarang pekara yang munasabah.Oleh itu 2 waktu solat ini harus dijaga kerana jika kita menjaga kedua waktu ini kita akan menerima diantara salah satu jalan yang dijanjikan oleh ALLAH s.w.t untuk menuju ke syurga..

Bermula lah Pada Hari Ini..

Banyak pekara yang ingin di kongsikan..